Wednesday 5 December 2012

PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH


PBS
PBS merupakan satu pentaksiran yang bersifat holistik iaitu menilai aspek kognitif (intelek), afektif (emosi dan rohani) dan psikomotor (jasmani) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK).

PENTAKSIRAN
Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

Pengumpulan maklumat bertujuan untuk mengetahui

APA YANG MURID TAHU
APA YANG MURID BOLEH BUAT
APA YANG MURID BOLEH AMALKAN

KOMPONEN PBS
1. PENTAKSIRAN PUSAT
Pentaksiran pusat merupakan satu pendekatan pentaksiran yang dilaksanakan di sekolah dengan peraturan pentaksiran,  instrumen pentaksiran, tugasan, garis panduan,  peraturan penskoran dikeluarkan oleh LP.
Pentaksiran yang ditadbir, direkod dan dilapor diperingkat sekolah oleh guru berdasarkan tugasan yang dikeluarkan oleh Lembaga Peperiksaan dalam tempoh yang ditetapkan mengikut mata pelajaran.

2. PENTAKSIRAN SEKOLAH
Pentaksiran yang dirancang, dibina, ditadbir, diperiksa, direkod dan dilapor oleh guru
di sekolah  yang melibatkan murid, ibu bapa dan organisasi luar.  Pentaksiran Sekolah dilaksana dalam bentuk pentaksiran formatif yang dijalankan seiring dengan proses
pengajaran dan pembelajaran dan pentaksiran sumatif di akhir unit pembelajaran,
semester atau tahun.

3.. PAJSK (Bukan Akademik)
- mendapatkan maklumat tentang kapasiti dan potensi jasmani, sukan dan kokurikulum yang dikawal secara harmoni oleh kapasiti dan proses mental seseorang individu murid supaya pertumbuhannya dapat dipantau dan diperbaiki

4. Pentaksiran Psikometrik (Bukan Akademik)
- mengukur kebolehan semula jadi, kemahiran berfikir, kemahiran menyelesaikan masalah, minat, kecenderungan, sikap dan personaliti murid

2 JENIS PENTAKSIRAN SEKOLAH
PENTAKSIRAN FORMATIF
-dijalankan seiring dengan proses PDP
- •Bertujuan sebagai pentaksiran untuk pembelajaran (assessment for learning)

PENTAKSIRAN SUMATIF
- Dijalankan pada akhir setiap pembelajaran, bulan, penggal dan tahun
- Bertujuan sebagai pentaksiran tentang pembelajaran (assessment of learning)

CIRI PENTAKSIRAN SEKOLAH
1. HOLISTIK 2. SEPADU 3. SEIMBANG 4. FLEKSIBEL
5.MERUJUK STANDARD 6. SEBAHAGIAN PROSES PDP