PEMBUDAYAAN PBS



Tujuan Pembudayaan PBS

1. Memberi pengetahuan dan kefahaman kepada masyarakat tentang perubahan dan  
     penambahbaikan terhadap Sistem Pentaksiran Kebangsaan.
2. Merancang dan melaksanakan aktiviti / program kesedaran dan penerimaan kepada murid,
     guru dan masyarakat terhadap PBS.
3. Memantapkan pengurusan dan pengendalian PBS di peringkat negeri, daerah dan
     sekolah dalam  penambahbaikan Sistem Pentaksiran Kebangsaan.

Pembudayaan PBS
1. Murid
2. Ibu bapa
3. Guru
4. Jalinan dan Jaringan

1. MURID
a) Minggu Orientasi Tingkatan 1
i) Murid dimaklumkan tentang Penambahbaikan PMR mulai tahun 2011.
ii) Murid diterangkan tentang komponen PBS dan pengertiannya.
iii) Murid diterangkan tentang Standard Prestasi, pengunaan Band dalam pertumbuhan
     pembelajaran dan penggunaan Sistem SPPBS bagi pelaporan Formatif dan Pelaporan
     Sumatif.
Jangkamasa aktiviti : 1 hari

b) Persembahan Perhimpunan Rasmi
i) Murid-murid membuat persembahan semasa perhimpunan rasmi sekolah.
ii) Persembahan boleh dilaksanakan secara individu atau kumpulan ( Pentaksiran boleh  
  dilaksanakan oleh guru jika bahan yang dipersembahkan berkaitan dengan apa
    yang diajar ).
iii)  Sebaik-baiknya semua murid dapat membuat  persembahan  bertujuan untuk
    menengahkan bakat  dan keyakinan diri.
Jangkamasa aktiviti : 5 – 10 minit

c) Sudut Showcase
i) Semua hasil kerja yang terbaik dipamerkan di sudut atau dipaparkan di papan
    kenyataan di bilik darjah.
ii) Mewujudkan persaingan yang sihat dalam kalangan murid untuk menghasilkan hasil
     kerja yang terbaik.
iii) Hasil kerja yang terbaik boleh dijadikan bahan pameran semasa majlis rasmi sekolah.
  Jangkamasa aktiviti : Sepanjang sesi persekolahan

d) Program Penerapan Nilai Murni
i) Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada murid-murid tentang kepentingan nilai-nilai
     murni,
ii) Memberi kesedaran penanaman nilai-nilai murni yang dimulai di peringkat sekolah.
iii) Menerangkan tentang dasar-dasar Pendidikan dan FPN yang mewujudkan insan yang
seimbang dan holistik yang bertanggungjawab dan berbakti kepada diri, masyarakat,
agama dan bangsa.
Jangkamasa aktiviti : Setiap semester dan dikendalikan  oleh Unit bimbingan dan Kaunseling
    atau Panitia Mata  Pelajaran.

e) Karnival PBS Tingkatan 1
i) Karnival yang dilaksanakan untuk melihat penglibatan dalam aktiviti kokurikulum yang
    dirancangkan oleh sekolah serta potensi atau kemahiran yang ada pada murid.
ii) Aktiviti yang dijalankan melibatkan Sukan dan Permainan, Unit Beruniform dan Kokurikulum
     Akademik.
iii) Melibatkan semua murid mengambil bahagaian mengikut potensi dan kemahiran masing-
      masing.
iv) Ibu bapa dijemput sekali dalam karnival ini sama ada sebagai pemerhati, peserta ataupun
      pengadil.
Jangkamasa aktiviti : 3 hari

2. GURU/SEKOLAH
a) Taklimat PBS
i) Semua guru diberikan taklimat / pendedahan tentang pelaksanaan PBS dalam  
     penambahbaikan PMR mulai tahun 2012.
ii) Semua guru didedahkan konsep standard prestasi, pengunaan Band dalam Pentaksiran  
     Sekolah dan Sistem SPPBS.
iii) Memastikan semua guru dapat memahami pelaksanaan PBS supaya dapat menyebarluas 
     kepada masyarakat,
Jangkamasa aktiviti : Mesyuarat guru 1 dan disampaikan oleh Pengetua 
b) Penataran Pengendalian dan Pengurusan PBS
i) Semua Pengetua dan GPK diberikan taklimat tentang pengendalian dan pengurusan PBS.
ii) Pengetua memastikan penubuhan JK PBS dan setiap JK berperanan dan berfungsi mengikut 
    jadual kerja PBS.
iii) Semua GPK didedahkan tentang penggunaan Standard Prestasi dalam Pentaksiran Sekolah 
     dan penggunaan Sistem SPPBS.
iv) Memastikan Penjaminan Kualiti PBS di peringkat sekolah dilaksanakan sepanjang tahun.
Jangkamasa aktiviti : Awal persekolahan

c) Penyediaan Instrumen Pentaksiran
i) Memastikan pentaksir dapat menyediakan instrumen pentaksiran mengikut band yang selari  
     dengan standard dan deskriptor daripada standard prestasi.
ii) Melaksanakan perkongsian pintar dengan sekolah lain dalam pengurusan dan pengendalian 
     PBS dan penyediaan Instrumen pentaksiran.
iii) Semua GPK didedahkan tentang penggunaan Standard Prestasi dalam Pentaksiran Sekolah 
      dan penggunaan Sistem SPPBS.
iv) Memastikan Penjaminan Kualiti PBS di peringkat sekolah dilaksanakan sepanjang tahun. 
      Jangka masa aktiviti : Awal persekolahan

d) Majlis Pelancaran PBS Peringkat Sekolah
i) Menyebarluas dan memaklumkan kepada masyarakat tentang penambahbaikan sistem 
pentaksiran dan PMR 2014.
ii) Memberi peluang kepada ibu bapa dan guru-guru untuk melihat bentuk pentaksiran yang
  dilaksanakan melalui evidens yang dipamerkan atau persembahan murid.
iii) Memberi peluang kepada ibu bapa untuk mendapatkan kefahaman tentang pelaksanaan PBS 
      di sekolah.
Jangkamasa aktiviti :  1 hari

e) Sudut Informasi PBS
i) Pihak sekolah menyediakan suatu lokasi di mana murid, guru, ibu bapa atau masyarakat
     mendapat maklumat yang berkaitan dengan PBS.
ii) Sebaik-baiknya sudut ini mudah dilihat dan diakses oleh semua pihak.
iii) Bahan-bahan yang dipamerkan dipastikan dikemaskini dari semasa ke semasa.
Jangkamasa aktiviti :  Sepanjang tahun

f) Suasana Bilik Darjah yang Kondusif dan Ceria
i) Sekolah memastikan bilik darjah berada dalam keadaan kondusif dan selamat.
ii) Pentaksir memastikan susun atur dalam bilik darjah dapat menimbulkan suasana yang 
menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran.
iii) Menimbulkan minat dan rasa seronok untuk belajar  dalam kalangan murid.
Jangkamasa aktiviti :  Sepanjang tahun

3. IBU BAPA

a) Taklimat Pendaftaran Tingkatan 1
i) Semua ibu bapa diberi pendedahan dan kefahaman tentang PBS dalam penambahbaikan 
     PMR.
ii) Ibu bapa diberikan penerangan tentang komponen PBS, standard prestasi, sistem SPPBS.
iii) Ibu bapa juga diperjelaskan tentang peranan ibu bapa dalam pentaksiran sekolah.
Jangkamasa aktiviti :  1 hari

b) Penyebaran Maklumat PBS
i) Semua ibu bapa diberi pendedahan dan kefahaman tentang PBS semasa majlis rasmi sekolah
     seperti Hari Terbuka, Mesyuarat PIBG, Hari Penyampaian Hadiah, 
     Program Motivasi atau Majlis Keagamaan.
ii) Ibu bapa juga berpeluang untuk mendapatkan maklumat tambahan atau perkara-perkara
     yang berkaitan dengan pelaksanaan PBS di sekolah.
iii) Memberi keyakinan terhadap perubahan sistem pentaksiran kebangsaan.
Jangkamasa aktiviti :  Program sekolah

c) Majlis Apresiasi PBS
i) Majlis yang dilaksanakan untuk menunjukkan kepada ibu bapa, guru dan masyarakat
     tentang kebolehan, bakat dan potensi yang dijelmakan daripada pelaksanaan PBS.
ii) Aktiviti yang dijalankan melibatkan persembahan murid dan ianya dikelolakan oleh murid 
     sendiri dan dibimbing oleh guru.
iii) Ibu bapa diberi peluang dan ruang untuk membuat penilaian terhadap persembahan murid.
Jangkamasa aktiviti :  3 jam

d) Perkongsian Pintar  
i) Satu program di mana semua ahli jawatankuasa PIBG sekolah diberikan penerangan
     dan kefahaman tentang pelaksanaan PBS dengan lengkap. 
ii) AJK PIBG berperanan untuk membantu menyebarluaskan maklumat yang berkaitan dengan 
      PBS kepada ibu bapa dan masyarakat setempat.
iii) Pengetua akan memberi maklumat PBS kepada AJK PIBG dan dalam masa sama sekolah 
      boleh mengedarkan pamplet bagi menambahkan kefahaman.
Jangkamasa aktiviti :  Semester 1

4.  JALINAN DAN JARINGAN

a) Agensi Kerajaan Masuk Sekolah   
i) Satu program di mana agensi-agensi kerajaan seperti Bomba, PDRM, Jabatan Kesihatan, 
     Jabatan Penjara, AADK, JPAM dan lain-lain memberi penerangan, bimbingan dan khidmat 
     dalam memantapkan lagi pelaksanaan PBS di sekolah mengikut  kapisiti agensi tersebut.
ii) Perkhidmatan yang diberikan adalah dalam bentuk ceramah, demonstrasi, kejurulatihan
     atau pembangunan modal insan.
Jangkamasa aktiviti :  Sepanjang tahun

b)   NGO / SWASTA  dan Sekolah   
i) Satu program dimana agensi-agensi NGO dan Swasta bersama-sama dengan sekolah memberi perkhidmatan dalam memantapkan lagi pelaksanaan PBS di sekolah mengikut  kapasiti
      masing-masing dalam bentuk kepakaran, penajaan atau sumbangan.
Jangkamasa aktiviti :  Sepanjang tahun

c) Pameran PBS Peringkat Daerah
i) Pameran PBS dilaksanakan dengan kerjasama pusat membeli belah di peringkat daerah yang  
     mempamerkan maklumat-maklumat tentang PBS dan hasil kerja / evidens murid sekolah-
     sekolah di daerah. Pada pameran ini boleh juga diadakan pertandingan-pertandingan 
     kokurikulum akademik.
ii) Melalui pameran ini masyarakat akan dapat maklumat dan kefahaman berkaitan dengan PBS.
Jangkamasa aktiviti :  Semester 2

d) Program Pengantarabangsaan
i) Satu program untuk memberi pendedahan,perkongsian ilmu dan amalan-amalan
     yang terbaik yang terdapat di sekolah / tempat yang dilawati yang boleh membantu
     dan memantapkan lagi pelaksanaan PBS. 
ii) Melalui pengantarabangsaan ini, murid-murid dapat menimba pengalaman dan pengetahuan 
     baru yang membolehkan mereka berkeyakinan dan berketrampilan di peringkat antarabangsa.
Jangkamasa aktiviti :  Semester 2

No comments:

Post a Comment