PENJAMINAN KUALITI



PENJAMINAN KUALITI PBS

PEMANTAUAN
Pemantauan adalah satu proses memastikan pelaksanaan PBS mengikut prosedur dan garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

OBJEKTIF
1. Memastikan arahan pelaksanaan PBS dipatuhi.
2. Mengenalpasti masalah pelaksanaan PBS oleh guru.
3. Membantu menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS di sekolah.
4. Mengelak berlakunya penyelewengan dan ketidakaturan dalam pelaksanaan PBS.
5. Menyediakan laporan pelaksanaan PBS untuk tujuan penambahbaikan.

JENIS PEMANTAUAN
- PEMANTAUAN DALAMAN
- PEMANTAUAN LUARAN

KEPERLUAN PEMANTAUAN
PEMANTAUAN DALAMAN
a. Pemantauan Pertama
Februari hingga Mac (Pematuhan Prosedur PBS)
b. Pemantauan Kedua  
Julai hingga Ogos (Pematuhan Prosedur PBS)

PEMANTAUAN LUARAN
a. Sekolah yang menerima Prestasi BAND 1 dan BAND 2 (Membimbing Sekolah)
b. Sekolah yang menerima Prestasi BAND 3 dan BAND 4 (Mengesahkan Prestasi)

PEMANTAU DALAMAN
i. Pengetua/Guru Besar
ii. Guru Penolong Kanan
iii. Guru Kanan Mata Pelajaran
iv.  Guru Cemerlang
v. Ketua Panitia
vi. Jurulatih Utama Pentaksiran
vii. Guru yang dilantik oleh Pengetua/ Guru Besar

PEMANTAU LUAR
i. Pegawai Lembaga Peperiksaan
ii. Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri
iii. Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah
iv. Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
v. Pegawai dari bahagian lain KPM
vi. Petugas yang dilantik dan diberi tauliah oleh Lembaga Peperiksaan

FASA PEMANTAUAN

SEBELUM PEMANTAUAN
SEKOLAH
- Menerima Surat Siaran dari Pejabat Pelajaran Daerah
- Menyediakan Jadual Pemantauan di peringkat sekolah
- Menyerahkan Jadual Pemantauan kepada Guru Pemantau

SEMASA PEMANTAUAN
Pemantauan Dalaman
- Pengetua/Guru Besar memaklumkan aktiviti dan jadual pemantauan kepada guru.
- Guru Pemantau menyemak Fail Induk/Fail Showcase/Fail Perkembangan Murid/dokumen
  dan evidens.
- Guru Pemantau mengisi instrumen pemantauan dan menyerahkan laporan pemantauan
  kepada Pengetua/
Guru Besar.
- Pengetua/ Guru Besar mengambil tindakan atas laporan Guru Pemantau serta laporan
  pemantauan.

Pemantauan Luaran
- LP/JPN/PPd memaklumkan aktiviti dan jadual pemantauan kepada sekolah.
- Pemantau menyemak Fail Induk/Fail Showcase/Fail Perkembangan Murid/dokumen dan
  evidens.
- Pemantau mengisi instrumen pemantauan dan memaklumkan dapatan pemantauan kepada
  Pengetua/Guru Besar secara lisan dan bertulis.
- Pemantau memberi bimbingan kepada sekolah serta laporan pemantauan.


SELEPAS  PEMANTAUAN
SEKOLAH
- Menerima analisis dan laporan pemantauan dari pemantau dalaman atau pemantau luaran.
- Menganalisis data pemantauan dan membuat rumusan bagi semua guru.
- Menyediakan laporan pemantauan pelaksanaan PBS.
- Melaporkan dapatan pemantauan PBS ke Pejabat Pelajaran Daerah.
- Mengambil tindakan bagi tujuan penambahbaikan pelaksanaan PBS.

PEMENTORAN
Pementoran adalah proses membantu, memudah cara dan membimbing guru untuk melaksanakan PBS mengikut PRINSIP dan PROSEDUR PELAKSANAAN yang ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.

OBJEKTIF
1. Memberi bimbingan, khidmat bantu dan nasihat mengenai pelaksanaan dan pengurusan PBS.
2. Meningkatkan kemahiran pentaksiran pelaksanaan dalam kalangan guru yang dibimbing.
3. Meningkatkan kompetensi dan kelayakan guru yang dibimbing.
4. Membantu guru menyelesaikan masalah pelaksanaan PBS.
5. Membina rangkaian kerja dan hubungan profesional antara mentor dan guru yang dibimbing.

JENIS PEMENTORAN
- PEMENTORAN FORMAL
- PEMENTORAN INFORMAL

MENTOR DALAMAN
i. Pengetua/Guru Besar
ii. Guru Penolong Kanan
iii. Guru Kanan Mata Pelajaran
iv. Guru Cemerlang
v. Ketua Panitia
vi. Jurulatih Utama Pentaksiran
vii. Guru yang dilantik oleh Pengetua/ Guru Besar

MENTOR LUAR
i.   Pegawai Lembaga Peperiksaan
ii. Pegawai Jabatan Pelajaran Negeri
iii. Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah
iv. Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti
v. Pegawai dari bahagian lain KPM
vi. Petugas yang dilantik dan diberi tauliah oleh Lembaga Peperiksaan

KEPERLUAN PEMENTORAN
PEMENTORAN FORMAL
a. Tarikh, masa dan tempat ditetapkan oleh JK PBS
b. Objektif ditetapkan oleh JK PBS

PEMENTORAN INFORMAL
a. Tarikh, masa dan tempat ditetapkan oleh mentor dan guru yang dibimbing apabila ada
    keperluan.
c. Objektif ditetapkan oleh mentor

PERANAN MENTOR
1. Membimbing guru menggunakan standard prestasi dan aplikasi SPPBS.
2. Memastikan pelaksanaan pentaksiran seiring dengan P dan P.
3. Mendapatkan maklumbalas untuk penambahbaikan pengajaran.
4. Membantu menyelesaikan masalah yang dihadapi ole guru yang dibimbing.
5. Membantu guru menyediakan instrumen pentaksiran.
6. Memberi pendedahan pelbagai jenis instrumen pentaksiran.

PEMENTORAN FORMAL
1. JK PBS menetapkan objektif pementoran.
2. JK PBS menetapkan tarikh, masa dan tempat, mengeluarkan surat panggilan dan    
    menyediakan bahan sokongan untuk program pementoran.
3. JK PBS melantik guru MENTOR dan menetapkan guru yang dibimbing.
4. Penilaian taklimat dijalankan bagi memastikan guru yang dibimbing memahami perkara yang 
    disampaikan oleh mentor.

PEMENTORAN INFORMAL
1. Bertemu dengan guru yang dibimbing
2. Melaksanakan khidmat bantu, khidmat nasihat, memudah cara dan coaching yang berkaitan.
3. Memberi nasihat, teguran dan cadangan kepada guru yang dibimbing.
4. Membuat penilaian mengenai kefahaman guru.

PENYELARASAN
Penyelarasan adalah proses penyeragaman pelaksanaan tugasan dan penskoran

OBJEKTIF
1. Menyeragamkan kefahaman terhadap kehendak tugasan dan kriteria penskoran.
2. Menyeragamkan skor pentaksiran sekolah yang diberikan oleh guru berdasarkan pernyataan
    standard, deskriptor dan evidens dalam Dokumen Standard Prestasi (DSP).
3. Menyeragamkan skor pentaksiran pusat yang diberikan oleh guru berdasarkan rubrik sesuatu 
    tugasan yang ditetapkan.
4. Memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor dalam pelaksanaan PBS oleh guru di
    sekolah.
5. Memastikan skor yang diberikan menepati keupayaan dan prestasi murid.
6. Memastikan skor yang diberikan adalah adil bagi semua murid

JENIS PENYELARASAN
- PENYELARASAN DALAMAN
- PENYELARASAN LUARAN

KEPERLUAN PENYELARASAN
PENYELARASAN DALAMAN
a. Pentaksiran pusat yang mempunyai tugasan dan penskoran berbeza pada setiap tahun.
b. Pentaksiran sekolah bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan skor.

PENYELARASAN LUARAN
a. Pentaksiran pusat yang mempunyai tugasan berbeza pada setiap tahun.
b. Pentaksiran pusat yang mempunyai penskoran berbeza pada setiap tahun.

PENYELARAS DALAMAN
i. Guru Kanan Mata Pelajaran
ii. Guru Cemerlang
iii.  Ketua Panitia
iv. Jurulatih Utama Pentaksiran

PENYELARAS LUAR
i. Petugas dilantik oleh Lembaga Peperiksaan
ii. Petugas dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri
iii.Petugas dilantik oleh Pejabat Pelajaran Daerah

PENGESANAN
Pengesanan adalah proses menilai instrumen PBS

OBJEKTIF
1. Mengenal pasti kekuatan dan kelemahan instrumen pentaksiran.
2. Menilai kesahan dan kebolehpercayaan dan instrumen pentaksiran.
3. Mengenal pasti kebolehlaksanaan instrumen pentaksiran
4. Menilai kebolehtadbiran instrumen pentaksiran.
5. Mencadangkan penambahbaikan instrumen pentaksiran.

JENIS PENGESANAN
- PENGESANAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN PUSAT
- PENGESANAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN SEKOLAH

PENGESANAN INSTRUMEN PBS
a. Pegawai Lembaga Peperiksaan
b. Pegawai yang dilantik oleh Lembaga Peperiksaan

PENGESANAN PENTAKSIRAN
PENGESANAN ITEM DAN INSTRUMEN PENTAKSIRAN
a. Tarikh, masa dan tempat ditetapkan oleh Lembaga Peperiksaan.
b. Lembaga Peperiksaan dan guru berbincang mengenai instrumen

PERANAN LEMBAGA PEPERIKSAAN
PENGESANAN
1. Menentukan tarikh, tempat, masa, item dan instrumen
2. Menilai tugasan dan instrumen bersama-sama guru mata pelajaran dari segi
    keakuran tugasan dengan KSSR, kebolehlaksanaan instrumen dan kebolehpercayaan skor.
3. Menerima cadangan penambahbaikan daripada guru mata pelajaran.
4. Membuat penambahbaikan terhadap tugasan dan instrumen berdasarkan dapatan pengesanan.




No comments:

Post a Comment